Wednesday, November 21, 2018
Home »
» Majlis Pecah Tanah Surau Al-Hidayah, 16 Ogos 2009
Majlis Pecah Tanah Surau Al-Hidayah, 16 Ogos 2009
Majlis Pecah Tanah bagi membina Surau Al-Hidayah, Bandar Saujana Putra telah diadakan dengan jayanya pada 16hb Ogos 2009. Perasmian ini telah di lakukan oleh Kerabat DiRaja Selangor, Y.A.D Raja Dato' Uzair Bin Tengku Zainon Rashid Shah (Orang Besar Daerah Kuala Langat), atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Ungku’.
Pak Ungku dengan senang dan berbesar hati bersama-sama Naib Pengerusi LBS, Dato’ Kamarudin Bin Abdul Ghani, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif LBS, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Abu Hassan Bin Haji Omar yang juga bekas Menteri Besar Selangor, ADUN Teluk Datuk, YB Philip Tan dan Pengerusi Surau Al-Hidayah, Shamsuddin Salleh mencangkul tanah tapak surau sebagai tanda bermulanya proses pembinaan surau.
Dalam majlis ini juga, pihak LBS Bina Group Bhd berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM150,000.00 sebagai dana untuk menampung kos pembinaan surau Al-Hidayah ini. Begitu juga dengan ADUN Teluk Datuk yang juga mendermakan sebanyak RM10,000.00 bagi tujuan sama.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna dan diselang-selikan dengan cabutan bertuah berupa hamper untuk warga BSP yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Jamuan juga disediakan untuk semua hadirin setelah majlis perasmian berakhir.
Pihak LBS juga berpuashati dengan majlis yang dianjurkan oleh penganjur dan dengan ini, mereka menyatakan akan menyediakan satu padang bolasepak di komuniti BSP ini.
0 comments:
Post a Comment