Saturday, October 31, 2020
PENDAFTARAN KHAIRAT KEMATIAN 2021
Wednesday, October 28, 2020
Salam Maulidur Rasul 1442H / 2020M
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Menurut pandangan sebahagian ulama’ seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.(Riwayat Muslim)
Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul adalah dengan berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.(Riwayat Muslim)
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.
Berselawat juga antara amalan yang sangat digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Ini antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul. Meskipun sambutan tersebut merupakan perkara yang baik, namun mestilah dipastikan ianya menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sumber dari mkn.gov.my
Friday, April 24, 2020
MURAH REZEKI UNTUK PENDERMA
22 April 2020 : Dengan ini saya mewakili bagi pihak surau Al-Hidayah dan wakil-wakil surau yang berkenaan di Bandar saujana putra. Kami menjunjungi kasih kehadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami rezeki yang tidak disangkakan ini, dan yang paling utama pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada dermawan individu yang berhati mulia kerana menghantar wakilnya iaitu Chef Nash Ariffin sebagai memihak kepada surau-surau dan keluarga-keluarga termasuk asnaf, malah termasuk sebagai salah satu kawasan sumbanganya di kawasan Bandar saujana putra (BSP). Di sini juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil surau telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti pengagihan bantuan ini. Semoga dengan sumbangan sebanyak 350 keluarga , dapat meringankan beban kepada golongan asnaf yang terlibat. Harapan kami agar usaha mulia ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang Insyallah. Akhir kata, yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T dan yang kurang itu datang dari kelemahan kami sendiri. Semoga apa yang ALLAH S.W.T kurniakan ini mendapatkan keredahan dan keberkatakan dari ALLAH S.W.T.
Baca Artikal Buletin Penuh di : https://bit.ly/2VAm6gy
#Sumbangan #Asnaf #COVID19 #Penderma #Surau #Masjid #dermawan
Friday, April 17, 2020
ARAHAN TERBARU DARIPADA JAIS
Monday, April 6, 2020
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR
BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR
ZON 3 : KLANG & KUALA LANGAT
RAKYAT SELANGOR BERDOA (COVID-19)
Assalamualaikum....Ayuh!!!! RAKYAT SELANGOR BERDOA!!!
Hasil perbincangan Jabatan Mufti Selangor bersama Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor serta setelah diperkenankan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor maka dianjurkan Program Rakyat Selangor Berdoa ......
* 06 APRIL 2020 (Isnin)
* 09 APRIL 2020 (Khamis)
* 13 APRIL 2020 (Isnin)
* 16 APRIL 2020 (Khamis)
* 20 APRIL 2020 (Isnin)
* 23 APRIL 2020 (Khamis)
JAM 08.50 MALAM (Selepas Solat Isya')
* Seluruh Masjid, Surau, dan Rumah Anda sekalian
Tepat JAM 08.50 MALAM Imam Masjid dan Surau mengumandangkan zikir munajat melalui ALAT PEMBESAR SUARA dan diikuti dengan bacaan doa yang disediakan oleh JABATAN MUFTI SELANGOR kemudian sama-sama kita AMIN kan doa....
"SEMOGA ALLAH SWT MENGANGKAT MUSIBAH WABAK COVID-19"